Sunday, September 26, 2010

raya

raya dah pun masuk hari yang ke 16, tapi suasana dengan hari pertama sama je selain daripada rumah terbuka yang melambak-melambak. bila sebut je juadah ketika beraya, yg tipikal mestilah kuih raya di samping mee atau mihun.



tujuan beraya sekalipun adalah untuk mempereratkan silaturrahim di samping ingin melihat keadaan kesihatan saudara mara.



satu bab yang tak best pada hari raya sekarang adalah kuih raya dan minumannya. kuih raya pasang siap tu warna je lain-lain, tapi rasa sama je. memang tak sedap. zaman sekarang ni senang, semua jenis kuih ada dijual. kebanyakan yang membeli plak nak nampak banyak jenis atas meja, belilah kuih yang murah2.



keikhlasan untuk menjamu tetamu dah tak ada. orang dulu2, membuat kuih raya sendiri, bakar atas arang ataupun oven bulat butterfly tu sampai la peluh-peluh. yang terbaiklah yang akan dihidangkan kepada tetamu. di situ timbulnya keseronokan dan kepuasan ketika beraya. kalau nak beli sekalipun, belilah yang terbaik untuk dijamah tetamu.



minuman pulak satu hal. bercerita mengenai kesihatan sangatlah pandai. macam dia lah doktor. tapi bila dihidangkan minuman kepada tetamu, kenapa air berkarbonat tu pulak...lama sangat ke masa nak bancuh sirap atau kordial?kordial dengan air berkarbonat memangla lebih kurang sama. perasa tiruan dan pewarna tiruan.tapi sekurang-kurangnya bolehla kawal gula yang nak masuk kat minuman tu. siap letak berbotol-botol air tu kat meja. kalo jenama f&n tu takpe la jugak, ni jenama pun ntah pape. manis je lebih. kononnye pulak, yang jenama yang tak dikenali ni gas dia kurang, manis pun kurang..ape da..same je..gas kurangla sebab tu harga murah..gula same gak banyaknya..



bila dah makin simple, maka kuranglah penghayatan seterusnya makin biasalah hari raya bagi kita..

kerjaya pilihan

kerjaya cikgu sekarang ni dah jadi popular; menjadi pilihan kerjaya para graduan dan ramai ibu bapa yang berminat nak anak diorang jadi cikgu sekolah. amat bagus memandangkan bilangan cikgu pun tak penah cukup. tapi yang biasanya mintak;

1. bile keluar universiti tak tau nak buat apa
2. bile dah takde kerja, berbulan-bulan dok kat umah
3. bila kerja kat bidang yang diambil masa kat universiti, tapi tak tahan lama. nak cepat-cepat masuk gomen, tak dipanggil-panggil plak

kerjaya ni dah jadi macam kerjaya pilihan terakhir plak. bagi mereka yang benar-benar ikhlas nak mengajar, bagusla.tapi bagi mereka yang setakat untuk menyelamatkan kehidupan, nak senang cepat, anda berjaya membawa generasi akan datang seperti anda juga.

tapi kalau betul memang nak jadi tenaga pengajar, betulkan niat anda, ajarlah mereka sebaik mungkin. benda ni akan nampak kesannya dekat universiti nanti. perkara-perkara asas pun tak tau. tinggalkan kaedah2 lama, cuba bawa pendekatan yang lebih agresif. lagi pelik sesuatu benda, lagi menariklah benda tersebut.

Thursday, July 1, 2010

Camne nak undi.....

Ketika membaca tajuk muka depan pada 28 Jun;

Lepas tu baca pulak berita ni semalam;

Persamaannya: dua-dua dicetak di muka depan akhbar.

Ramai remaja Melayu dah tak minat untuk mendaftar menjadi pengundi.

macam mana nak undi kalau dekat muka depan surat khabar pun buat cerita bodoh. Rakyat pun makin lama jadi bodoh!

Tuesday, June 22, 2010

Zaki....#3

Aku pegi praktikal sem 5.Praktikal pun kat KL je..Fid,Alif,Fahmi dan juga Uda masih lagi dok kat umah sewa tu sebab diorang junior aku..Bile aku dah abis praktikal,lepak kat umah sewa siapkan report.Zaki dah ulang alik daru rumah PUTRAJAYA dia dengan menaiki evo...hahhahahaha..

satu petang,balik je dari kelas diorang pun telefon aku ajak lepak kat tempat biasa..Masa tu,semua pun ada sekali..aku dah lama tak jumpa dengan Zaki.Sempatla bertanya khabar..sambil sembang-sembang tu,tanyala perkembangan dia..

Dia pun bukak cerita..Dia gi US lebih kurang sebulan masa cuti sem.Pakcik dia ada kat Seattle bukak restoran. Dia gi sebab nak dpt pendedahan dalam F&B industry kat US.Kitorang ni penuhla minat mendengar (kononnya!).Puas la bercerita kehebatan org putih,kereta lambo yang dia jumpa bersepah-sepah dan segala-galanya..

dtgla soalan durjana Fid dgn muka kudus,"eh kat sane mcm mane ek..aku tak penah gi sane..". Zaki dgn yakinnya menjawab' "ala,mcm korang tgk kat TV tu..same je..". Nak tersembur air teh ais Fid sambil-sambil kuis kaki aku..aku senyum-senyum je kat Alip,Fahmi ngan Uda.Opah aku pun bleh jawab!

disebabkan dah tak tahan dgn cerita ditambah pula dengan dah nak maghrib,Fahmi pun bertanya la soalan...ko tak gi memana ke time kat sane? jawabnye..."dekat Seattle aku ada gak jenjalan..gi DC..dekat je DC dgn seattle...jarak jalan kaki je.."

baliknya,dah memang perangai kitorang ni jenis nak kutuk,gi la amik globe Fid (aku pun tak tau nape mmat ni simpan globe), tgk la map US.Seattle mmgla dlm Washington.tapi takdela dlm jarak jalan kaki je..since masa tu takde google map,tak tau sgtla jarak sebenar dia..bila google map dah ada,cuba la tgk jarak dia..jauh siot!2761 mile=4443 km.Ambil lebih kurang 1 hari 21 jam!walking distance mende????

hahahahahaha...!!!

Zaki oh Zaki, Seattle tu mcm dalam TV ek..DC ngan Seattle walking distance plak!

Monday, June 21, 2010

Zaki.....#2

Kejadian pertama dah sedap menjadi halwa telinga untuk mengisi masa terluang di samping perut yang lapar tapi takde duit nak gi makan..

Si mamat ni pantang tengok orang lain lebih dari dia,dia pun mesti gak sama atau lebih sket dari orang lain..janji menang..cerita pasal kereta..dulu-dulu,dia ni bawak moto je..ekonomikal untuk pelajar yang selalu takde duit dan boleh balik umah untuk tido walaupun jarak satu kelas cuma sejam.

Satu hari,tengah lepak kat bilik,bukakla cerita..Dia nak bawak kereta..Senang sket katenye..Moto susah nak bawak buku. Assignment pun nanti lencun je..mmgla masa tu hujan je kat Shah Alam.

Bile bercerita,bapak dia ni dah tempah Mitsubihi Evo,tunggu nak keluar je..Uda ni mmg nyampah sket ngan Zaki..tnye soalan mcm2..brape ribu harga,down payment,apa yang best kat kete tu..saje je nak menganjing si Zaki..yang si Alip,tarik bantal,tido berdengkur.Fid plak layan main game. Aku dok dengar je..Fahmi bukak laptop,main minsweeper.Dia yang ngaja aku cmne nak terel main mende ni.

2 minggu lepas tu, tengah dok kat umah kebosanan.TV takde,dapur?water heater je yang ada. Alip balik umah (golongan pemuda harapan kampung-ujung minggu mesti balik rumah!).Fahmi bukak laptop tapi takde buat pape.Fid masih berdengkur.Aku plak belek-belek patung gorgon kesayangan fahmi..datangla si Zaki..'wei,mkn jom!aku naik kete ari ni.'.Excited je masing2 nak naik kete dia.

Turun je tangga terakhir kat blok aku,kitorang carik gak Evo parking kat situ..takde plak..Sekali tekan alarm kete seraya Zaki berkata...

'Evo tu ada org lain dah swap dulu la..bapak aku bagi aku bagi kancil je dulu..'

hampeh ko Zaki! (tetiba tak faham analogi bapak dia untuk Evo dan Kancil)

Dapat lagi modal halwa telinga mlm ni!HAHAHHAHAHAHA

Zaki....#1

aku ada kawan masa diploma nama Zaki. Dia ni tinggi lampai.asal Selangor.Nak kata bijak,takde la sangat.tapi satu je skil dia,dia bijak menipu dan kantoi di hadapan kawan-kawan. Yang kawan-kawan dia ni saja je taknak kantoikan depan2.boleh buat bahan kat rumah sewa time tengah malam sebagai kudapan telinga..banyak je kisah cerita bohong yang selalu diceritakan..

Al-kisahnya si Zaki ni sangatla suka bercerita kisah-kisah yang membangga diri depan kengkawan..bila dok jadi housemate dia, banyakla cite dia kat aku.Mula-mula,dia kate dia dok kat Putrajaya. Rumah dia besar ada mcm2.kete bapak plak mercedes je..ada la kawan aku Fahmi,Fid, Uda dan juga Alip gi sekodeng IC dia tengok alamat.

Putrajaya mende...Alamat kat Dengkil nak ngaku Putrajaya...lagi menjadikan plan tu crook gila kitorang gi Dengkil semata-mata nak tengok besarnya rumah dia.Hampeh!Rumah teres setingkat banyak lalang,keta proton je???kitorang pun tak puas ati,takut salah alamat..pusing lagi sekali..mmg sah la nama jalan tu dgn nombor rumah dia sekali..

hahahahha...padan muka ko Zaki..cerita tipu lagi..boleh jadi bahan mase kat kat umah nanti!

alahai wanita!

tetiba nak komen pasal perangai diorang ni..

bila sebut pasal hak, nak sama rata..kalau lelaki dapat A,perempuan pun kena dapat A. Kalau lelaki dapat B, perempuan kena dapat A gak..perempuan kan insan yang lemah..

bila naik komuter,kena ada koc khas untuk elak gangguan seksual.. lelaki takde pun mengeluh kalo kene raba ngan mat gay atau pakcik tua gatal nak andropause bila tengah bersesak-sesak.

ada plak kod gangguan seksual ketika di pejabat...kononnya nak mengelak dari lelaki gatal yang mendominasi..gangguan seksual untuk lelaki masa perempuan pakai baju ketat gi ofis takde plak?

golongan mak nyah kena tahan jabatan agama,pengkid pulak?pusat gay kene serbu, lesbian plak?

kes sebat pulak, siap boleh merayu lagi..alih-alih dapat hukuman ringan je...

kalo kat pejabat,kalo seseorang tu mengandung,keje tak buat pun takpe..dia kan mengandung..kalo kene maki hamun ngan orang mengandung adatla tu..orang mengandung ni emosi tak betul..

lepas bersalin, dah ada anak, keje tetap tak buat pun takpe, anak kan kecik lagi..bagi alasan anak plak..

kalau tengah period,tetiba naik angin atau kene marah,adatla tu..emosi tak stabil..

tak guna berkata pasal kesaksamaan dalam hidup kalau perkara-perkara di atas mmg ada.9 nafsu,1 akal..betullah tu..last2diorang ni kate-perempuan,ko kene faham..