Saturday, May 22, 2010

Kempen Sayangkan Bumi....#1

memetik kata brendan fraser dlm Furry Vengeance, 'kita adalah sebuah syarikat hijau'. jawab plak si Matt Prokop 'syarikat hijau yang menebang pokok2 dan membunuh habitat hidupan liar?'(sari kata di dlam bahasa Melayu ditakrifkan tanpa menggunakan Kamus Dewan Bahasa dan juga tanpa bantuan pengalih bahasa OKU di TV1)

dlm memperkatakan tentang kempen hijau yang dicanang2 si aktivis pencinta alam,ada buruk baik si sebaliknya..bila kita berkata pasal Kempen Sayangkan Bumi, adakah ianya benar2 berjaya?cuba lihat situasi ni..

pencemaran alam sekitar dlm erti kata penapisan lapisan ozon banyak berpunca drpd pertambahan kenderaan di muka bumi. seperti yang kita tahu,enjin diesel adalah kurang cekap jika dibandingkan enjin yang menggunakan bahan pembakar petrol (kalo tgk kat TV,byk kat US je.entahla,tak penah pun pegi obersi).kekurangan itu ditampung dgn pengenalan kereta hibrid yang menggunakan tenaga gantian sepenuhnya atau pun secara separa; sama ada tenaga elektrik atau pun solar.Kalo kat M'sia ni,pengenalan kenderaan gas asli (NG:natural gas vehicle) sebagai ganti kepada petrol. tapi,yang mampu pakai pun org gaji besar je la.cuma NGV yang mampu dimiliki. tu pun stetsen NGV mcm bulu kaki midi, kwn aku chef kat cameron highland-jarang-jarang je ada.kereta yang tgh top skang ni mcm PRIUS (kene panggil balik sbb masalah pedal minyk dan brek), HONDA INSIGHT (takde pun kat Malaysia), FORD FUSION HYBRID (mmg takde,kat Malaysia Ford tak laku).

bila difikirkan balik,kesemua langkah tersebut memanglah sebuah langkah yang bijak dlm mengawal pencemaran. tapi terfikir gak la,dlm proses membuat kereta yang guna kuasa mesra alam, berapa plak kuasa yang dihabiskan.maksudnya,adakah proses tersebut menyeluruh bermula dr proses perancangan hinggalah proses penjualan. Maksudnya lagi. ketika perancangan,proses diyakini berjalan dlm suasana bilik yang mempunyai pendingin hawa (kesan rumah hijau), lampu kalimantang (kena pasang banyak utk cukup pencahayaan), dihantar ke pelabuhan guna treler (pakai minyak diesel), naik kapal (diesel lagi), turun kapal(diesel di hatiku), di bawa ke pusat jualan (sememangya diesel) dan diletak di bilik pameran yang sejuk (pendingin hawa) sebelum dijual.Jadi,adakah jumlah tenaga yang digunakan sebelum dijual menyamai dgn apa yang akan dijimatkan kelak.sememangnya kita tahu,setiap teknologi tu takkkan efisien 100% disebabkan manusia yang buat.bolehkah enjin tersebut bertahan lama sebelum ditukar alat gantinya, di mana alat ganti tersebut juga akan dihasilkan di kilang2 yg menggunakan tenaga2 yang tidak mesra alam. Kitaran tu akan sentiasa berulang2.

kes kedua, seperti cerita tu tadi.dlm memberikan sebuah kehidupan hijau kepada manusia,rumah dibina dlm keadaan persekitaran hijau,di mana pokok2 akan ditanam untuk mewujudkan susana hijau tersebut,tetapi,tenaga yang digunakan untuk pembinaan rumah dan juga penanaman pokok,adakah menggunakan sepenuhnya tenaga mesra alam?jika pokok ditebang dalam mewujudkan persekitaran mesra alam,masih wujud kah tahap hijau tersebut?bukan ke sistem ekologi dan habitat natural pokok dan tumbuhan akan terjejas?masih boleh dikategorikan sbg mesra alam?

kes ketiga,Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang mewujudkan hari Sabtu adalah hari tanpa Plastik ketika membeli belah.jika perlu,plastik hendaklah dibeli. Satu langkah permulaan yang cukup baik. Tapi masalahnya,adakah plastik yang pelnggan nak beli tu bio-degradable?Di samping tu, bykla kempen2 pembelian beg2 dicanang utk menggantikan plastik dijual berhampiran kaunter2 pembayaran.adakah beg tersebut pun dibuat dari bahan mesra alam?sememangya kita kat M'sia yang belum lagi menjadi sebuah komuniti negara moden takkan terigt nak bwk beg tersebut setiap kali membeli-belah.kalo terdesak,beli je satu lagi.beg2 tu pun murah je.tercapaikah objektif mesra alam tu sebnrnya?

jadi,bila difkirkan semua tu balik,bg aku,ada satu je jwpn.TAK BERJAYA mane pun. pendapat aku.ianya semata2 kerana kuasa ekonomi.undang2 eknonomi:jika ada permintaan maka adalah penawaran.dlm kes mesra alam ni,komuniti negara moden ni sedar akan tahap pencemaran tapi di M'sia ia hanyalah sekadar ikutan.Cuma jumlah peratusan yg benar2 sedar dan praktik sgtlah sedikit.

dlm kes kereta kereta mesra alam,pasaran semakin tepu dgn jumlah kenderaan yang dihasilkan.kemunculan kereta murah dr China dgn harga yang murah dan teknologi yang lebih kurang same membuatkan syrikat seperti General Motors kat US pun lingkup. disebabkan taknak gulung tikar awal2, maka syarikat ni wujudkan la satu bentuk pasaran baru.pasaran utk mereka yang cintakan barangan mesra alam. jadi,kuasa ekonomi masih lagi boleh dipegang oleh syarikat besar ni.dasar kapitalis!sama jugakla mcm kes kedua.

dlm kes plastik bag ni, lain plak citenye. kempen tu sbnrnya hanyalah utk mengalihkan pandangan terhadap beg plastik. maka, wujudla satu jenis beg yang dulunya org taknak pakai sebab takde fungsi pun. dah ada beg plastik kan.cuma yang boleh dipuji,ketahannya adalah lebih sikit berbanding beg plastik.Maka setiap kali ke pameran,berebut2 la nak gi amik semua beg2 tu walhal bukan bio-degradable pun.Kalo yang ade cop jenama terkenal,lagi la bangga nak usung sana sini.last2,bila dah koyak,buang je kat tong sampah tanpa diasingkan mengikut kategori.

kesimpulannya,putaran tu tetap gak sama!

p/s - tiba2 teringat ISO 9001:2008 (Pengurusan Kualiti sistem) - Proses penambahbaikan(Continuous Improvement) tidak semestinya membabitkan keseluruhan proses.Cuma jika sesetengah proses sudah dimulakan,bolehla dianggap penambahbaikan. Kata bos aku,kita memandang ke depan,bukan hanya mengisahkan sejarah semalam(sejarah semalam yang mencorak pandangan ke depan,bos!)

Wednesday, May 19, 2010

Malaysia, Oh Tanah Airku.....#1

dlm tgh layan lagu mase memandu, 'gedebuk!bile mase plak ada bonggol ni?bangang btol'

ada plak lapisan keselamatan (ntah hape name bende tu) utk kurangkan kelajuan, dah la tebal,panjang plak jarak dia..

kalo lubang2 kat jln tu, Colin Mcrae je yang sanggup redah.Kalo Michael Schumacher lalu,mau dia gi JPJ batalkan balik lesen memandu kelas D

itulah hasil idea pasukan pemantau dan penyelesai masalah lalu lintas yang sgtlah bijaknye.bila ada kes budak sekolah meninggal masa lintas jln,baru la nak cacak jejantas.bile polis dah nyampah nak kutip otak mat rempit bersepai kat jln,time tu la baru nak ada bonggol..berkodi2 ucapan tahniah disiarkan kat TV.Makcik jual jajan depan pagar sekolah yang tak pernah naik jejantas pun bg nak bagi komen sambil promote jajan cap kupu-kupu.

bila ada jejantas,laluan motosikal takdela plak.yang ada cuma tangga.ko igt motor Pakcik tu scrambler ke ape?nak cuba plak buat rali Paris-Dakar kat atas tu?

Org Malaysia plak,time ade satu2 kes, time tu la plak terhegeh2 nak keluar TV kononnya simpati.pada hal dia gak yang tunggu anak dia kat pagar sekolah,sebelah tgn isap rokok,sebelah lagi kawal motor.gile akrobatik!dah mcm pertunjukan TATU ATM kat Stadium Merdeka plak.helmet tu letak je kat bakul.nanti bakul selamat,kepala je bersepai ye pakcik..


bila fikir balik,sume tu adalah hasil 'tindakan cepat'. orang putih kate 'immediate action'.bile jadi satu2 kes,tindakan akan diambil dgn cptnye utk diamkan rakyat.pada hal,kaji la dulu,boleh ke nak letak bonggol 1 meter sekali, pengurang kelajuan setebal 7 kaki dan mcm2 lagi.disebabkan prasarana yang sudah sedia ada tak dpt ditukar,cthnye keadaan jln yang sempit,kemudahan yg terlalu dekat dgn jalan raya,maka kaji la alternatif lain.jgnla asik2 kalo ada eksiden,buat bonggol,buat jejantas takpun atas jejantas,bwh bonggol.kontraktor tu kalo pegi ujian pembonggolan jalan, mau dapat Ir.

lepas tu pihak berkuasa plak,bile jawatankuasa kampung/taman mintak bonggol,bagi je.lagi2 mintak melalui ahli politik.konfem,besok pagi tercongok buat keje.

kaji la dulu keberkesanan bonggol tu.Punca kpd masalah tu yang penting.JPA dah byk taja student gi Jepun.Dah tau Carta Ishikawa, PDCA Cycle dan mcm2 penyelesaian.bawak diorg masuk bekerja.

diorg ni tak sedar ke,setiap kereta mempunyai titik buta (blind spot) masing2,kelemahan pemandu dan juga dibantu oleh keadaan jalan.semua tu kan faktor penyumbang.dah la mase ujian JPJ bwk kancil manual.sekali mak bapak bagi Rolls Royce.mane nak padan.tapi tak kisah la.yang penting keadaan jln tu sendiri membantu pemandu sedar akan bahaya yang akan berlaku. semua tu takde nye nak diajar time amik lesen,janji tekan clutch,jgn turun dari bukit,bwk mcm siput ketika ujian jln raya dah cukup.

pemandu2 muda ni diajar gaya pemanduan berhemah atau pun kat omputih dipanggil 'defensive driving'.bknnya 'offensive driving' yang mcm F1 tu..ajarla sebelum berhenti tukar dr gear tinggi ke gear rendah satu persatu.kalo eksiden gak,enjin keta akan mati dan terus mencengkam tayar disebabkan gear yang masih dlm kedudukan utk berjalan.kalo automatik tu,tekan brek bukan dgn mengejut. jarakkan keta bile berhenti (bukan setakat masa berjalan je) antara modul2 yang patut diajar.

untuk keadaan jalan plak,baiki la lubang2,pasang lampu jln,isyarat tu buat je sebesar2 yang boleh.bagi nampak dari jauh.kalo marmar ade jenis heavy-duty,takkanla tar tu takde cara nak bg dia tahan lasak?

walau cmne pun,sepatutnya tindakan cepat ni dah patut dihapuskan.tak guna langsung utk kesan jangka panjang.hangat2 taik ayam je.kaji dulu ape yang patut supaya pemandu sedar dan sempat bertindak kalo jadi pape.sains kognitif dah cukup jelas bgtau berapa saat je mase yang diambil untuk membuat tindakan. kalo nak berckp pasal sikap tu takyahla.mmg tau cmne..

apa yang diajar skg ni dlm ujian memandu byk dah tak relevan.setakat suh buat 3 kali pusingan,naik bukit,ujian jalan raya...ajarla cara mengelak kereta depan brek tiba2, atasi kereta membuang (under/over steer) ketika selekoh, drift ke..lagi la best..

Tuesday, May 18, 2010

bahasa menunjukkan budaya

dlm bahasa inggeris (bahasa malaysia pun same gak),ada banyak jenis ayat:
declarative:ayat penyata.biasanya utk statement
imperative:give command
interrogative:digunakan sbg soalan
exclamatory:nak express feeling

ayat penyata-biasanya peguam selalu guna kat mahkamah, kononnya itulah fakta; ada bukti,ada basis bila digunakan
ayat perintah-biasela nak suruh org jadi kuli.ayat ni la yang paling best nak gune.
interrogative-pak guard yg bajet mcm CSI Horatio Cane pakai spec Hot Market 5 ringgit time kantoikan budak2 conteng tandas mall
exclamatory-budak sengal yang kate pakcik dia ada 15 bijik jetski sambil meyakinkan budak sengal yang lain (bodo gile!)

Sesuatu ayat takkan jadi ayat penyata jika takde bukti.tapi,kalo bukti boleh 'diadakan',automatic dia akan jadi satu bukti konkrit.yang jenis2 lain dah tentula,bukan ayat yang kene ada bukti. bile tgk balik,fungsi semua ayat tu bukannye btol2 pon.

cthnye:
1. Saya dengan ini melantik kamu sebagai Presiden Gila Kuasa!-tapi pelantikan tu takkan sah kalo takde saksi,takde penasihat yang mempersetujui dan org yang bajet penting untuk menyebok sekali.
2. Saya berjanji tidak akan berhenti tibai gel rambut housemateku-

bile diteliti kedua2nya, ayat tu takkan berfungsi kalo tak disertakan dgn perbuatan selanjutnya.Yang penting kat sini adalah 'fungsi'.Mcm mane boleh dikatakan sejenis ayat kalo dia tak boleh berfungsi?kalo cmtu baik ckp YES,NO,ALRIGHT,THANK YOU je.

ayat yang digunakan tu maknanya tak berfungsi la.sbbnya akan menimbulkan kesangsian kalo diucapkan.kecuali kalo mmg btol pakcik dia ada jetski 15 bijik, perangai menibai gel dilakukan di pagi hari sebelum ke kelas dan muke khir toyo yang licin sebab makan tempe.

kalo dah ayat tu kene disertakan dengan perbuatan, jadi tak bolehla ia berdiri dgn sendirinya.maka,tak berfungsi.jadi gagal la para linguistik yang mengatakan bahasa itu indah.perkataan seperti 'gol!' dalam dunia sukan lagi banyak maknenye.org taw 'gol!" adalah makna bagi sebuah perbuatan menanduk/menyepak/memukul (ice hockey)/sliding/menolak dgn tangan(Hand of God-Diego Maradona-World Cup) dan menerjah ke net yang diikat di palang besi."Gol!' di sini boleh mewakili statement, exclamatory dan imperative.kalo ditambah tanda soal i.e 'gol?' jadila interrogative.

analogi di atas sebnrnya bukannye pe..bengang dgn org bertalam dua muka. Cthnye:
1.Marilah bersama2 kita berganding bahu dlm memajukan prestasi masing2(blahla woi!bile salah ko point finger kat aku plak?)
2.di akhir surat/email-please revert for any queries(kalo aku tanye,ko taknak layan!)
3.sorry for inconvenience caused(simple je kan,copy paste ayat tu,lepas tu buat lagi)

(entahla...)

p/s-cliche je bunyinya

Monday, May 17, 2010

bahasa melayu

Bahasa melayu tu senang je..
bila ternampak iklan mencarik kerja,no.telefon dah ada.cuma call je.

Nak senang lagi?
suruh bagi email plak..bengong ke ape..dah la kene suap,nak mintak lebih2 plak..
email tu mmgla senang, environmental friendly,tapi pegi la call.give a shot, mana taw potential employer tu appreciate ke..kan dah dpt good impression.belum2 dah tanya mcm2.belum lagi kene keje kutip taik.

org mcm ni aku reject je awal2 kalo mintak keje..too demanding..tunjukkanla ko sincere enough to apply for a job.tak kisahla muka fake mcm mane sekalipun.at least,muka fake tu pun is one good effort.

mcm afdlin shauki kate dlm stand up comedy dia-nak kerja senang masuk gomen la..(3:10)

http://http://www.youtube.com/watch?v=AaGuCxjGIr0

p/s-kentut pun susah!