Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Wednesday, May 19, 2010

Malaysia, Oh Tanah Airku.....#1

dlm tgh layan lagu mase memandu, 'gedebuk!bile mase plak ada bonggol ni?bangang btol'

ada plak lapisan keselamatan (ntah hape name bende tu) utk kurangkan kelajuan, dah la tebal,panjang plak jarak dia..

kalo lubang2 kat jln tu, Colin Mcrae je yang sanggup redah.Kalo Michael Schumacher lalu,mau dia gi JPJ batalkan balik lesen memandu kelas D

itulah hasil idea pasukan pemantau dan penyelesai masalah lalu lintas yang sgtlah bijaknye.bila ada kes budak sekolah meninggal masa lintas jln,baru la nak cacak jejantas.bile polis dah nyampah nak kutip otak mat rempit bersepai kat jln,time tu la baru nak ada bonggol..berkodi2 ucapan tahniah disiarkan kat TV.Makcik jual jajan depan pagar sekolah yang tak pernah naik jejantas pun bg nak bagi komen sambil promote jajan cap kupu-kupu.

bila ada jejantas,laluan motosikal takdela plak.yang ada cuma tangga.ko igt motor Pakcik tu scrambler ke ape?nak cuba plak buat rali Paris-Dakar kat atas tu?

Org Malaysia plak,time ade satu2 kes, time tu la plak terhegeh2 nak keluar TV kononnya simpati.pada hal dia gak yang tunggu anak dia kat pagar sekolah,sebelah tgn isap rokok,sebelah lagi kawal motor.gile akrobatik!dah mcm pertunjukan TATU ATM kat Stadium Merdeka plak.helmet tu letak je kat bakul.nanti bakul selamat,kepala je bersepai ye pakcik..


bila fikir balik,sume tu adalah hasil 'tindakan cepat'. orang putih kate 'immediate action'.bile jadi satu2 kes,tindakan akan diambil dgn cptnye utk diamkan rakyat.pada hal,kaji la dulu,boleh ke nak letak bonggol 1 meter sekali, pengurang kelajuan setebal 7 kaki dan mcm2 lagi.disebabkan prasarana yang sudah sedia ada tak dpt ditukar,cthnye keadaan jln yang sempit,kemudahan yg terlalu dekat dgn jalan raya,maka kaji la alternatif lain.jgnla asik2 kalo ada eksiden,buat bonggol,buat jejantas takpun atas jejantas,bwh bonggol.kontraktor tu kalo pegi ujian pembonggolan jalan, mau dapat Ir.

lepas tu pihak berkuasa plak,bile jawatankuasa kampung/taman mintak bonggol,bagi je.lagi2 mintak melalui ahli politik.konfem,besok pagi tercongok buat keje.

kaji la dulu keberkesanan bonggol tu.Punca kpd masalah tu yang penting.JPA dah byk taja student gi Jepun.Dah tau Carta Ishikawa, PDCA Cycle dan mcm2 penyelesaian.bawak diorg masuk bekerja.

diorg ni tak sedar ke,setiap kereta mempunyai titik buta (blind spot) masing2,kelemahan pemandu dan juga dibantu oleh keadaan jalan.semua tu kan faktor penyumbang.dah la mase ujian JPJ bwk kancil manual.sekali mak bapak bagi Rolls Royce.mane nak padan.tapi tak kisah la.yang penting keadaan jln tu sendiri membantu pemandu sedar akan bahaya yang akan berlaku. semua tu takde nye nak diajar time amik lesen,janji tekan clutch,jgn turun dari bukit,bwk mcm siput ketika ujian jln raya dah cukup.

pemandu2 muda ni diajar gaya pemanduan berhemah atau pun kat omputih dipanggil 'defensive driving'.bknnya 'offensive driving' yang mcm F1 tu..ajarla sebelum berhenti tukar dr gear tinggi ke gear rendah satu persatu.kalo eksiden gak,enjin keta akan mati dan terus mencengkam tayar disebabkan gear yang masih dlm kedudukan utk berjalan.kalo automatik tu,tekan brek bukan dgn mengejut. jarakkan keta bile berhenti (bukan setakat masa berjalan je) antara modul2 yang patut diajar.

untuk keadaan jalan plak,baiki la lubang2,pasang lampu jln,isyarat tu buat je sebesar2 yang boleh.bagi nampak dari jauh.kalo marmar ade jenis heavy-duty,takkanla tar tu takde cara nak bg dia tahan lasak?

walau cmne pun,sepatutnya tindakan cepat ni dah patut dihapuskan.tak guna langsung utk kesan jangka panjang.hangat2 taik ayam je.kaji dulu ape yang patut supaya pemandu sedar dan sempat bertindak kalo jadi pape.sains kognitif dah cukup jelas bgtau berapa saat je mase yang diambil untuk membuat tindakan. kalo nak berckp pasal sikap tu takyahla.mmg tau cmne..

apa yang diajar skg ni dlm ujian memandu byk dah tak relevan.setakat suh buat 3 kali pusingan,naik bukit,ujian jalan raya...ajarla cara mengelak kereta depan brek tiba2, atasi kereta membuang (under/over steer) ketika selekoh, drift ke..lagi la best..