raya dah pun masuk hari yang ke 16, tapi suasana dengan hari pertama sama je selain daripada rumah terbuka yang melambak-melambak. bila sebut je juadah ketika beraya, yg tipikal mestilah kuih raya di samping mee atau mihun.
tujuan beraya sekalipun adalah untuk mempereratkan silaturrahim di samping ingin melihat keadaan kesihatan saudara mara.
satu bab yang tak best pada hari raya sekarang adalah kuih raya dan minumannya. kuih raya pasang siap tu warna je lain-lain, tapi rasa sama je. memang tak sedap. zaman sekarang ni senang, semua jenis kuih ada dijual. kebanyakan yang membeli plak nak nampak banyak jenis atas meja, belilah kuih yang murah2.
keikhlasan untuk menjamu tetamu dah tak ada. orang dulu2, membuat kuih raya sendiri, bakar atas arang ataupun oven bulat butterfly tu sampai la peluh-peluh. yang terbaiklah yang akan dihidangkan kepada tetamu. di situ timbulnya keseronokan dan kepuasan ketika beraya. kalau nak beli sekalipun, belilah yang terbaik untuk dijamah tetamu.
minuman pulak satu hal. bercerita mengenai kesihatan sangatlah pandai. macam dia lah doktor. tapi bila dihidangkan minuman kepada tetamu, kenapa air berkarbonat tu pulak...lama sangat ke masa nak bancuh sirap atau kordial?kordial dengan air berkarbonat memangla lebih kurang sama. perasa tiruan dan pewarna tiruan.tapi sekurang-kurangnya bolehla kawal gula yang nak masuk kat minuman tu. siap letak berbotol-botol air tu kat meja. kalo jenama f&n tu takpe la jugak, ni jenama pun ntah pape. manis je lebih. kononnye pulak, yang jenama yang tak dikenali ni gas dia kurang, manis pun kurang..ape da..same je..gas kurangla sebab tu harga murah..gula same gak banyaknya..
bila dah makin simple, maka kuranglah penghayatan seterusnya makin biasalah hari raya bagi kita..
Sunday, September 26, 2010
kerjaya pilihan
kerjaya cikgu sekarang ni dah jadi popular; menjadi pilihan kerjaya para graduan dan ramai ibu bapa yang berminat nak anak diorang jadi cikgu sekolah. amat bagus memandangkan bilangan cikgu pun tak penah cukup. tapi yang biasanya mintak;
1. bile keluar universiti tak tau nak buat apa
2. bile dah takde kerja, berbulan-bulan dok kat umah
3. bila kerja kat bidang yang diambil masa kat universiti, tapi tak tahan lama. nak cepat-cepat masuk gomen, tak dipanggil-panggil plak
kerjaya ni dah jadi macam kerjaya pilihan terakhir plak. bagi mereka yang benar-benar ikhlas nak mengajar, bagusla.tapi bagi mereka yang setakat untuk menyelamatkan kehidupan, nak senang cepat, anda berjaya membawa generasi akan datang seperti anda juga.
tapi kalau betul memang nak jadi tenaga pengajar, betulkan niat anda, ajarlah mereka sebaik mungkin. benda ni akan nampak kesannya dekat universiti nanti. perkara-perkara asas pun tak tau. tinggalkan kaedah2 lama, cuba bawa pendekatan yang lebih agresif. lagi pelik sesuatu benda, lagi menariklah benda tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)