Sunday, October 3, 2010

Ketua

Ketua..
Semua pun nak jadi ketua. Ada sesetengah yang dilahirkan untuk memimpin. Ada pula yang hanya mengikut. memang macam tu la proses normal dalam hidup.

peranan sebagai ketua ni pun bergantung kepada organisasi atau keadaan atau perkara yang berlaku di sekeliling yang menyebabkan pentingnya kehadiran seorang ketua. Tak kisahla sama ada lelaki atau perempuan..

Masa aku belajar dulu, ketua ni datang dalam dua bentuk; satu pakej datang secara fizikal (student/group leader) manakala satu lagi bentuk ketua yang datang dalam bentuk simbolik (Opinion leader).

bentuk fizikal ni dah semestinya dilantik dalam menerajui organisasi/ persatuan.Mereka ni hanyalah lebih kepada mematuhi protokol/ prosedur dalam penubuhan sesuatu organisasi/persatuan. Ketua yang datang dalam bentuk ni mungkin bagus atau pun sebaliknya. bergantung kepada corak pembawaan individu.

bentuk yang kedua pulak yang datang dalam bentuk simbolik. simbolik ni maksudnya mereka ni tak semestinya akan duduk di kerusi ketua atau memegang jawatan tinggi. tapi, yang paling penting, sikap dan pembawaan diri mereka ni diperhatikan. mereka ada satu aura tersendiri.

bila membincangkan pasal sikap kedua jenis ketua, ketua yang datang dalam bentuk fizikal lebih banyak bercakap dan menutarakan pandangan. mungkin sebab dah dilantik, maka pada pendapat mereka pandangan-pandangan yang diutarakan mendapat perhatian.

tapi ketua yang datang dalam bentuk kedua lebih bagus sebenarnya. mereka hanya bercakap bila perlu. tapi cakap-cakap mereka bukan sahaja didengari malah dipersetujui oleh majoriti. pandangan mereka pun jauh lebih bernas. sikap dan minda mereka pun lebih terbuka.

ketua yang datang dalam bentuk kedua ni memang payah nak dicari sekarang ni. ketua-ketua politik yang ada sekarang ni pun hanya lebih kepada ketua jenis yang pertama. disebabkan itu, politik malaysia sekarang hancur lebur.

mereka bukan ketua dalam erti kata sebenar. mereka ni pun naik kadangkala bukan melalui proses yang sepatutnya contohnya pertalian dengan ketua yang ada sekarang atau pun kekayaan yang dimiliki. untuk mengekalkan jawatan milik masing-masing, maka berlakulah amalan politik wang, nepotisme dan sebagainya.

cuba lihat berapa ramai ketua-ketua politik ketika berucap, dapat menangkap perhatian sejumlah besar penonton?jika ada penonton yang ramai sekalipun, berapa pula jumlahnya yang cukup terpesona dengan pidato yang disampaikan mereka..

yang ada hanyalah golongan media yang mencari bahan berita, pengikut yang setia di samping sebilangan kecil golongan yang berkepentingan. belum ada lagi ketua yang betul-betul dapat menyampaikan ucapan yang dapat mempengaruhi audiens seperti yang dilakukan junjungan besar, Nabi Muhammad s.aw dan Presiden Sukarno. Anwar Ibrahim boleh juga masuk dalam kategori tersebut.

mereka ni adalah contoh opinion leader dan pada masa yang sama menyandang jawatan sebagai group leader. pendapat mereka didengari malah sebelum menjadi ketua sekalipun, mereka mempunyai daya tarikan tersendiri.

tapi, itu tidak menunjukkan semestinya opinion leader boleh menjadi student leader. ada kemungkinan ideologi mereka tidak betul ketika jadi group leader.

cuma, apa yang nak disampaikan di sini nak adalah mereka ini datang dalam bentuk unik dan bahasa yang retorik. mereka inilah yang akan didengari di samping ketua yang sedia ada. gaya percakapan ditiru, apa yang dipakai juga ditiru malah sikap dan pandangan pun ditiru. Golongan seperti mereka pada masa kini tidak semestinya terkenal, malah mereka-mereka ini ada sahaja di sekeliling kita.Cuma pada masa kini, tidak ramai ketua yang datang dalam bentuk begini.

No comments:

Post a Comment