Sunday, October 3, 2010

sakit

Masyarakat sekarang ni 'sakit' sebenarnya. sakit yang tidak terzahir daripada pandangan.

puncanya adalah kelemahan undang-undang di samping kurangnya kajian mengani sistem sosial. Mungkin kajian telah dibuat, cuma aplikasi sahaja yang belum nampak lagi.

begini,
apabila sebuah perumahan dibangunkan, tak kisahla sama ada besar atau kecil, tanah yang dibeli seboleh-bolehnya digunakan semaksima yang mungkin. jika ada sekalipun taman perumahan yang menyediakan kawasan lapang untuk beriadah, ianya tidak lebih dari melepaskan batuk di tangga. Kalau dijaga di samping tempat yang kondusif, sudah tentu kos di kawasan perumahan tersebut berlipat kali ganda nilainya. golongan yang tidak berkemampuan juga tidak mampu nak beli rumah-rumah sekitar kawasan tersebut.

puncanya?sepatutnya tanggungjawab ini jatu ke tangan pihak pemaju dan kerajaan yang meluluskan kemajuan kawasan tersebut.

mereka kena faham bahawa rumah adalah tempat berisitirehat setelah bekerja selama 8 jam atau lebih. rumah juga adalah tempat untuk membesarkan anak-anak. rumah juga lah yang akan menjadi penentu kepada kemajuan sesebuah negara bila golongan-golongan muda ni besar kelak.

adalah menjadi tanggungjawab pihak pemaju dalam menjalankan tanggungjawab sosial mereka di samping pihak berwajib dalam melakasanakan rancangan tersebut. seperti yang diketahui, aset tetap tidak akan jatuh nilainya malah boleh meningkat berkali ganda tanpa ada pengukur aras. memang benar lokasi, rekabentuk mempengaruhi harga tetapi kadangkala harga yang diletakkan sangat tinggi nilainya dan tiada justifikasi untuk tindakan tersebut.

berbalik kepada kenyataan pertama, masyarakat kita 'sakit' sebenarnya. tidakkah 'sakit' kiranya jika mereka sanggup tersangkut di dalam kesesakan semata-mata untuk melihat sebuah bandar yang baru sahaja dimajukan dan dilengkapi dengan cahaya-cahaya lampu yang dihias dalam pelbagai rupa dan bentuk?tidakkah 'sakit' sekiranya berbondong-bondong orang yang datang menjamu makanan dan berlagak seolah-olah seperti sedang berkelah?tidakkah 'sakit' sekiranya tempat-tempat seperti kompleks membeli belah dijadikan agenda mingguan untuk beriadah?

kesemua ini menunjukkan kekurangan tempat untuk beriadah di rumah masing. Kenapa tidak pihak pemaju sendiri menyediakan tempat riadah yang selesa dan kondusif di kawasan perumahan masing-masing. pihak berwajib pula bolehla menyediakan kemudahan riadah yang lebih besar seperti taman-taman awam. pemaju kini hanya mendahulukan lot-lot komersil di atas tapak yang kosong. kononnya sebagai kemudahan. jika difikirkan balik adakan benar kemudahan tersebut diingini oleh masyarakat?yang benar hanyalah poket mereka yang makin tebal disebabkan jumlah penyewa yang semakin bertambah..

jika difikirkan, perkara ini dapat mengelakkan banyak benda. yang pertama pembaziran wang. mereka tak perlulah mengeluarkan belanja pergi membayar minyak, caj letak kereta atau pun caj masuk taman-taman riadah swasta. selain itu, mereka juga dapat berehat sebelum memulakan kerja di minggu seterusnya. apa yang ada kin, mereka semakin menjadi keletihan kerana terperangkap di dalam kesesakan seterusnya mengurangkan masa berkualiti untuk beriadah. ini juga sedikit sebanyak mengurangkan produktiviti masing-masing.

senario ini tak terjadi pada tahun 80-90 an. dulu, ibu bapa lebih rela meluangkan masa beriadah di luar jika dibandingkan pada masa sekarang. Mungkin, taman-taman awam yang disediakan tidak dapat menampung jumlah pelawat yang datang kot..di situlah terletaknya kebijaksaan pihak berwajib dalam merangka pelan pembangunan sesebuah tempat di masa akan datang....

No comments:

Post a Comment