Penjagaan kesihatan sekarang ni tidak lagi dipandang sebelah mata oleh rakyat Malaysia sendiri. Mereka yang tidak berkemampuan hanya melihat pusat kesihatan awam sebagai tempat utama, tetapi kini ramai yang semakin mampu untuk mendapatkan rawatan di pusat kesihatan dan hospital2 swasta.
minda orang melayu pun dah semakin terbuka dalam bab2 penjagaan kesihatan. insurans dianggap sesuatu yang tabu, kononnya seperti ingin mendoakan mati cepat dan sebagainya tapi sekarang ia sudah dianggap sebagai keperluan. ramai dah sedar akan kepentingan sains dan teknologi dalam kesihatan. kalau dulu, dukun dan bomoh la yang jadi pilihan.
tapi bila bercakap mengenai penjagaan kesihatan, ada satu pihak yang paling penting; Pengamal kesihatan itu sendiri. Mereka lah yang akan mencorak minda pesakit terhadap penjagaan kesihatan. Bagaimana?dengan penerapan konsultasi. Begini, para doktor memang menjalankan tugas yang cukup bagus dalam melakukan konsultasi ketika rawatan sedang dijalankan. ini termasuklah nasihat, pandangan dan pelbagai komen yang diberikan kepada pesakit. Tetapi, ketika proses preskripsi dibuat, kenapa jenis ubat yang dibekalkan tidak diberikan penjelasan?Adakah boleh jika pesakit bertanya satu persatu tentang jenis ubat, bahan aktif yang terdapat di dalamnya dan kesannya terhadap sakit tersebut?
Fakta: ilmu pengetahuan pesakit terbatas. Sama ada golongan terpelajar atau tidak, kebanyakannya tak tau pun terminologi dalam bidang kesihatan
Cube tengok contoh ni:
Antibiotik diperlukan untuk mebunuh bakteria yang menyebabkan penyakit. Pesakit sendiri hendaklah menghabiskan kesemua ubat yang dipreskripsi mengikut jadual yang diberikan. Tetapi, melihat kepada senario di bawah:
1. Antibiotik tak berkesan untuk selsema. selsema disebabkan oleh virus.
2. Kebanyakan sakit tekak (sore throat) disebabkan oleh virus. kecuali strep throat oleh bakteria
3. Kebanyakan batuk juga disebabkan oleh virus
ketiga2 senario ini adalah senario yang sama. Hanya pengamal kesihatan yang tahu sama ada antibiotik patut dibekalkan atau tidak. Merujuk kepada persoalan sebelum ini, ketika preskripsi dibuat, bolehkah persoalan ini ditanya?atau wajarkah penerangan diberikan kepada pesakit?
Jadi penjagaan kesihatan ni patutnya datang dari dua pihak.Pesakit semakin terbuka untuk menerima maklumat mengenai sakit yang mereka hadapi. Cuma terpulang kepada pihak pengamal perubatan untuk membuat penerangan. Penerangan tu pun janganlah sampai memeningkan kepala pesakit. Ambil contoh yang mudah2 sahaja, supaya pesakit pun faham apa yang cuba disampaikan seterusnya mereka sendiri boleh mencari info lebih lanjut dalam penjagaan kesihatan.
agak2 kalau tanya gak, naik angin tak pharmacist atau pun nurse tu?
cube tanya pharmacist tu, active compound dlm ubat tu non polar ke polar, pastu kalo nak run HPLC ape mobile phase dia..komfem pharmacist tu tak tau gak..haha..sebab saya lagi pandai dari pharmacist..hahahaa
ReplyDelete