Showing posts with label kereta hybrid. Show all posts
Showing posts with label kereta hybrid. Show all posts

Saturday, May 22, 2010

Kempen Sayangkan Bumi....#1

memetik kata brendan fraser dlm Furry Vengeance, 'kita adalah sebuah syarikat hijau'. jawab plak si Matt Prokop 'syarikat hijau yang menebang pokok2 dan membunuh habitat hidupan liar?'(sari kata di dlam bahasa Melayu ditakrifkan tanpa menggunakan Kamus Dewan Bahasa dan juga tanpa bantuan pengalih bahasa OKU di TV1)

dlm memperkatakan tentang kempen hijau yang dicanang2 si aktivis pencinta alam,ada buruk baik si sebaliknya..bila kita berkata pasal Kempen Sayangkan Bumi, adakah ianya benar2 berjaya?cuba lihat situasi ni..

pencemaran alam sekitar dlm erti kata penapisan lapisan ozon banyak berpunca drpd pertambahan kenderaan di muka bumi. seperti yang kita tahu,enjin diesel adalah kurang cekap jika dibandingkan enjin yang menggunakan bahan pembakar petrol (kalo tgk kat TV,byk kat US je.entahla,tak penah pun pegi obersi).kekurangan itu ditampung dgn pengenalan kereta hibrid yang menggunakan tenaga gantian sepenuhnya atau pun secara separa; sama ada tenaga elektrik atau pun solar.Kalo kat M'sia ni,pengenalan kenderaan gas asli (NG:natural gas vehicle) sebagai ganti kepada petrol. tapi,yang mampu pakai pun org gaji besar je la.cuma NGV yang mampu dimiliki. tu pun stetsen NGV mcm bulu kaki midi, kwn aku chef kat cameron highland-jarang-jarang je ada.kereta yang tgh top skang ni mcm PRIUS (kene panggil balik sbb masalah pedal minyk dan brek), HONDA INSIGHT (takde pun kat Malaysia), FORD FUSION HYBRID (mmg takde,kat Malaysia Ford tak laku).

bila difikirkan balik,kesemua langkah tersebut memanglah sebuah langkah yang bijak dlm mengawal pencemaran. tapi terfikir gak la,dlm proses membuat kereta yang guna kuasa mesra alam, berapa plak kuasa yang dihabiskan.maksudnya,adakah proses tersebut menyeluruh bermula dr proses perancangan hinggalah proses penjualan. Maksudnya lagi. ketika perancangan,proses diyakini berjalan dlm suasana bilik yang mempunyai pendingin hawa (kesan rumah hijau), lampu kalimantang (kena pasang banyak utk cukup pencahayaan), dihantar ke pelabuhan guna treler (pakai minyak diesel), naik kapal (diesel lagi), turun kapal(diesel di hatiku), di bawa ke pusat jualan (sememangya diesel) dan diletak di bilik pameran yang sejuk (pendingin hawa) sebelum dijual.Jadi,adakah jumlah tenaga yang digunakan sebelum dijual menyamai dgn apa yang akan dijimatkan kelak.sememangnya kita tahu,setiap teknologi tu takkkan efisien 100% disebabkan manusia yang buat.bolehkah enjin tersebut bertahan lama sebelum ditukar alat gantinya, di mana alat ganti tersebut juga akan dihasilkan di kilang2 yg menggunakan tenaga2 yang tidak mesra alam. Kitaran tu akan sentiasa berulang2.

kes kedua, seperti cerita tu tadi.dlm memberikan sebuah kehidupan hijau kepada manusia,rumah dibina dlm keadaan persekitaran hijau,di mana pokok2 akan ditanam untuk mewujudkan susana hijau tersebut,tetapi,tenaga yang digunakan untuk pembinaan rumah dan juga penanaman pokok,adakah menggunakan sepenuhnya tenaga mesra alam?jika pokok ditebang dalam mewujudkan persekitaran mesra alam,masih wujud kah tahap hijau tersebut?bukan ke sistem ekologi dan habitat natural pokok dan tumbuhan akan terjejas?masih boleh dikategorikan sbg mesra alam?

kes ketiga,Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang mewujudkan hari Sabtu adalah hari tanpa Plastik ketika membeli belah.jika perlu,plastik hendaklah dibeli. Satu langkah permulaan yang cukup baik. Tapi masalahnya,adakah plastik yang pelnggan nak beli tu bio-degradable?Di samping tu, bykla kempen2 pembelian beg2 dicanang utk menggantikan plastik dijual berhampiran kaunter2 pembayaran.adakah beg tersebut pun dibuat dari bahan mesra alam?sememangya kita kat M'sia yang belum lagi menjadi sebuah komuniti negara moden takkan terigt nak bwk beg tersebut setiap kali membeli-belah.kalo terdesak,beli je satu lagi.beg2 tu pun murah je.tercapaikah objektif mesra alam tu sebnrnya?

jadi,bila difkirkan semua tu balik,bg aku,ada satu je jwpn.TAK BERJAYA mane pun. pendapat aku.ianya semata2 kerana kuasa ekonomi.undang2 eknonomi:jika ada permintaan maka adalah penawaran.dlm kes mesra alam ni,komuniti negara moden ni sedar akan tahap pencemaran tapi di M'sia ia hanyalah sekadar ikutan.Cuma jumlah peratusan yg benar2 sedar dan praktik sgtlah sedikit.

dlm kes kereta kereta mesra alam,pasaran semakin tepu dgn jumlah kenderaan yang dihasilkan.kemunculan kereta murah dr China dgn harga yang murah dan teknologi yang lebih kurang same membuatkan syrikat seperti General Motors kat US pun lingkup. disebabkan taknak gulung tikar awal2, maka syarikat ni wujudkan la satu bentuk pasaran baru.pasaran utk mereka yang cintakan barangan mesra alam. jadi,kuasa ekonomi masih lagi boleh dipegang oleh syarikat besar ni.dasar kapitalis!sama jugakla mcm kes kedua.

dlm kes plastik bag ni, lain plak citenye. kempen tu sbnrnya hanyalah utk mengalihkan pandangan terhadap beg plastik. maka, wujudla satu jenis beg yang dulunya org taknak pakai sebab takde fungsi pun. dah ada beg plastik kan.cuma yang boleh dipuji,ketahannya adalah lebih sikit berbanding beg plastik.Maka setiap kali ke pameran,berebut2 la nak gi amik semua beg2 tu walhal bukan bio-degradable pun.Kalo yang ade cop jenama terkenal,lagi la bangga nak usung sana sini.last2,bila dah koyak,buang je kat tong sampah tanpa diasingkan mengikut kategori.

kesimpulannya,putaran tu tetap gak sama!

p/s - tiba2 teringat ISO 9001:2008 (Pengurusan Kualiti sistem) - Proses penambahbaikan(Continuous Improvement) tidak semestinya membabitkan keseluruhan proses.Cuma jika sesetengah proses sudah dimulakan,bolehla dianggap penambahbaikan. Kata bos aku,kita memandang ke depan,bukan hanya mengisahkan sejarah semalam(sejarah semalam yang mencorak pandangan ke depan,bos!)